.

Saturday, 5 September 2009

AGEL MIN



Setiap orang memerlukan vitamin dan mineral untuk sentiasa sihat. Min mengandungi semua keperluan vitamin dan mineral pada kadar yang optima bagi memulihkan badan anda, melawan kesan makanan yang diproses serta tabiat pemakanan yang tidak sihat.

Vitamin dan mineral mengekalkan kesihatan badan dengan memulihkan fungsi sel-sel di dalam badan, memberi keseimbangan bahan mineral, air dan juga mengurangkan risiko penyakit berjangkit.

Agel Min memberikan 100% keperluan harian badan terhadap 12 jenis vitamin dan 75% keperluan harian 10 jenis bahan-bahan mineral penting untuk tubuh badan. Dengan revolusi teknologi gel yang terkini, Min dapat menyerap masuk ke dalam aliran darah dengan cepat dan berkesan.

Di samping kelebihan yang disebutkan pada slaid yang terdahulu, formulasi mineral yang terdapat pada Min adalah Albion Chelates iaitu satu produk dari makmal Albion yang terkenal sebagai pengeluar utama “patented amino acid chelated mineral” di dunia. Bahan ini meningkatkan penyerapan dan bioavailability bahan mineral.

Min mengandungi Vitamin A, vitamin C, Vitamin D, Vitamin E, thaimin, Raiboflavin, Vitamin B3, Pairidoxine , Folat, vitamin B12, Biotin, Asid Pantothenik, kalsium sitrat, kalsium fosfat dan kalsium pantothenate.

Min juga mengandungi fosforus, Iodin, Magnesium, Zink, Selenium, Copper, Manganese, Chromium, Molybdenum, vanadium, Inositol, Apple Cider Vinegar dan lain-lain.