.

Saturday 5 September 2009

CADANGAN PENGAMBILAN AGEL

CADANGAN PENGAMBILAN PRODUK AGEL MENGIKUT PENGALAMAN

Semua Produk
a. Untuk Membuka Paket Agel, koyakkan hujung paket secara melintang untuk membuat
bukaan yang lebih besar

b. Cuba bekukan di dalam peti sejuk, sedap macam memakan ais krim atau jelly

c. Mengambil Agel macam aiskrim : Koyakkan bahagian atas paket Agel, buat bukaan
yang besar dan masukkan kayu aiskrim ke dalamnya. Bekukan dan nikmati aiskrim
yang sedap, sesuai untuk EXO, UMI dan MIN

d. Boleh dicampurkan dengan jus buah2an

AGEL EXO
a. Boleh diambil oleh semua lapisan umur
b. Ambil Exo satu paket sehari ataupun selang sehari selepas sarapan pagi
c. Boleh diambil oleh penghidap kencing manis dan penghidap kanser yang sudah dirawat
d. EXO adalah hebat jika dicampurkan dengan jus beri,jus anggur,jus blueberi dan
Jus ceri
e. Dikatakan untuk kesihatan kulit, kulit kering menjadi lembap ,segar, memudahkan
pergerakan usus, sembelit, buasir,mengurangkan kolesterol, sakit jantung, sakit
sendi dan memelihara penglihatan.

AGEL FIT
a. Meningkatkan keberkesanan program mengurangkan berat badan
b. Diambil 30-60 minit sebelum makan
c. Sila lihat program pemakanan semasa mengambil FIT di dalam penerangan produk FIT
d. Senaman mesti dilakukan sekurang2nya 15 min sehari
e. Minum air sekurang2nya 2.5 liter sehari ( 5 botol kecil air mineral)
f. Boleh diambil pada bulan puasa, berbuka dengan kurma dan air serta FIT,
sembahyang maghrib dan kemudian baru makan
g. Lebih berkesan jika diambil 2-3 paket sehari
h. Boleh digabungkan dengan Agel OHM selepas makan tengahari
i. Agel FIT boleh dicampurkan dengan jus anggur, jus orange dan cranberry (pastikan
jus itu adalah jus segar asli)

AGEL OHM
a. Untuk mengurangkan keletihan dan kelesuan
b. Untuk memulihkan kelesuan dan hilang fokus otak
c. Boleh diambil oleh semua lapisan usia termasuk pelajar
d. Dikatakan boleh memulihkan masalah tidur dan mengurangkan berat badan
e. Jika mengalami mengantuk, ambil selepas makan petang
f. OHM diambil selepas makan dan mesti disertakan pengambilan air yang mencukupi
g. Boleh diambil selepas sahur semasa berpuasa
h. Boleh diambil selang sehari

AGEL MIN
a. Min sesuai diambil oleh semua lapisan umur
b. Ambil Min satu paket setiap hari selepas sarapan pagi
c. Kanak2 boleh mengambil MIN
d. Boleh diambil oleh setiap golongan termasuk penhidap penyakit kronik seperti
kanser, darah tinggi, kencing manis dll
e. Dikatakan boleh mengurangkan masalah hilang selera makan
f. Boleh digabungkan dengan Agel FIT semasa program mengurangkan berat badan

AGEL UMI
a. Ambil satu paket UMI setiap hari selepas sarapan pagi atau makan tengahari
b. UMI boleh diambil oleh kanak-kanak
c. Dikatakan mengurangkan risiko jangkitan
d. Boleh diambil oleh menghidap penyakit kulit, ekzema, resdong, penyakit autoimun,
sakit sendi, sakit jantung , sakit paru-paru dan penyakit kronik yang lain.
e. Dikatakan boleh memulihkan pergerakan usus, menyokong fungsi buah pinggang dan
hati.
f. Umi diambil satu paket sehari ataupun selang sehari

AGEL CAL
a. Sumber kalsium, vitamin D dan Vitamin K
b. Ambil satu paket setiap hari selepas sarapan pagi
c. Sesuai diambil oleh lelaki dan wanita pada sebarang peringkat usia terutama
selepas berusia 35 tahun
d. Sesuai diambil oleh wanita yang akan mencapai usia menopaus, wanita yang sudah
menopaus (putus haid) dan wanita yang telah menjalani pembedahan membuang rahim
dan kedua-dua kelenjar ovari.
e. Boleh digabungkan dengan pengambilan hormon gantian
f. Boleh diambil oleh sesiapa yang mempunyai keluarga mengalami kerapuhan tulang
atau osteoporosis
g. Jika mengambil Agel Cal, anda tidak perlu mengambil susu ataupun sumber kalsium
yang lain, Cal sudah memadai
h. Boleh diambil oleh penghidap kanser wanita yang sudah menjalani pembedahan
dengan nasihat doktor.